manakib
As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulama Islam yang utama pada dasawarsa ini tanpa diragukan lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah. Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlul Bait, Imam Hadits di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath.

Riwayat Hidup dan Keluarga

Kelahiran

As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1365H atau 1946M, di kota suci Mekkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga Sayyid yang melahirkan ulama tradisi. Bapak beliau adalah seorang ulama paling berilmu di Mekkah yang merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau belajar dengan bapak beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan kepada beliau.

Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulama besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak lama. Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat Hidup beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.

Bapak beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulama Makkah Termasyhur di abad yang lalu. Beliau telah mengajar perbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusok dunia telah mengambil faedah daripada beliau dari kuliah beliau di Masjidil Haram, dan banyak di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.

Malah, Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari dari kematian beliau, Stesyen Radio Saudi tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan kecuali hanya untuk beliau.

Maklumat lanjut tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki, juga seorang ulama, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi ini mengandungi tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulama dari seluruh dunia Islam.

Wafat

Beliau telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat jenazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia. Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat.

Sholat jenazah pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl, ratusan ribu manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Beliau dimakamkan di sebelah bapaknya, berhampiran maqam dengan Sayyidah Khadijah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telepon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Mekkah pada bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula, “tidakkah engkau akan menghadiri penegebumianku?”

Silsilah Nasab

Keluarga Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.

Sayyid Alawi bin Abbas Al Maliki (ayah)
Sayyid Abbas Al Maliki bin Abdul Aziz Al Maliki (kakek)
Abdul Aziz Al Maliki (ayah kakek)

Pendidikan

Pendidikan Awal dan Formal

Pendidikan pertamanya adalah Madrasah Al-Falah –Makkah, dimana ayah beliau Sayyid Alwi bin Abbas Almaliki sebagai guru agama di sekolah tersebut yang juga merangkap sebagai pengajar di halaqah di Haram Makki yang tempatnya sangat masyhur dekat Bab As-salam. Ayah beliau, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki, seorang alim ulama terkenal dan ternama di kota Makkah. Dengan arahan bapaknya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu turath Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain. Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya.

Persiapan menjadi penerus bapaknya adalah dengan melanjutkan studi dan ta’limnya terlebih dahulu. Beliau berangkat ke Kairo dan Universitas al-Azhar Assyarif merupakan pilihanya. Setelah meraih S1, S2 dan S3 dalam fak Hadith dan Ushuluddin beliau kembali ke Makkah untuk melanjutkan perjalanan yang telah di tempuh sang ayah. Disamping mengajar di Masjidi Haram di halaqah, beliau diangkat sebagai dosen di Universitas King Abdul Aziz- Jeddah dan Univesitas Ummul Qura Makkah bagian ilmu Hadith dan Usuluddin.

Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadith telah dianggap cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah.

Cukup lama beliau menjalankan tugasnya sebagai dosen di dua Universiatas tsb, sampai beliau memutuskan mengundurkan diri dan memilih mengajar di Masjidil Haram sambil menggarap untuk membuka majlis ta’lim dan pondok di rumah beliau. Adapun pelajaran yang di berikan baik di masjid haram atau di rumah beliau tidak berpoin kepada ilmu tertentu seperti di Universitas.

Silsilah Keilmuan

Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan ulama, As-Sayid Muhammad turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir, Syria, Turki, dan Indonesia untuk belajar dari alim-ulama yang hebat, bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta mengumpulkan manuskrip-manuskrip dan kitab.

Di setiap tempat ini, beliau menemui para ulama dan auliya yang agung, dan mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka telah pun sangat menghormati bapak beliau yang alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid.

Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulama yang terkenal saja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Fiqih, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung, sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Syekh dengan bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.

Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulama teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung.

Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulama besar dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan sebahagian mereka:

Makkah
  • Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki
  • Syekh Muhammad Yahya Aman al-Makki
  • Syekh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
  • Syekh Hasan Sa‘id al-Yamani
  • Syekh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
  • Syekh Muhammad Nur Sayf
  • Syekh Muhammad Yasin al-Fadani
  • Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
  • Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
  • Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
  • Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
  • Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
  • Shaykh Abd-Allah al-Lahji
Madinah
  • Syekh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah
  • Syekh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
  • As Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
  • Syekh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
  • Syekh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
  • Syekh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi
Hadramawt dan Yaman
  • Al Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
  • Syekh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
  • Syekh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
  • Al Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
  • Al Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
  • As Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
  • Syekh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
  • Al Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
  • Al Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
  • Al Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
  • Al Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf
Syria
  • Syekh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria
  • Syekh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
  • Syekh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
  • Syekh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
  • Syekh Hasan Habannakah al-Maydani
  • Syekh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
  • Syekh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i
Mesir
  • Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir
  • Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
  • Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
  • Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
  • Shaykh Muhammad al-‘Aquri
  • Shaykh Hasan al-‘Adawi
  • Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
  • Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar
Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia
  • Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
  • Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
  • Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
  • As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
  • Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
  • Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri
  • Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
  • Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani
Sudan
  • Shaykh Yusuf Hamad An-Nil
  • Shaykh Muddassir Ibrahim
  • Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
  • Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah
Asia
  • Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi
  • Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
  • Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
  • Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
  • Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
  • Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
  • Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
  • Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi
  • KH Abdullah Faqih
  • KH Maimun Zubair
  • KH Muhammad Martain Karim
Bersambung ke bagian ke dua - Manakib Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki - Bagian 2

Sumber : Wiki Aswaja

0 komentar:

Post a Comment

 
Top