HUJAH AHLI SUNNAH ke atas golongan Wahhabi Yang Mengatakan Menyebut “Sayyidina” adalah BID`AH SESAT MASUK NERAKA….

MUQADDIMAH:

Suatu masalah agama yang nampaknya kecil tetapi pada hakikatnya besar iaitu masalah membaca “Sayyidina” ketika mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Dikatakan kecil hanya menyangkut sepatah perkataan tetapi besar kerana masalah ini berhubung peribadi Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang sangat disanjungi.

Ulama’-ulama’ Ahli Sunnah Waljama`ah dan pengikut-pengikutnya sudah membiasakan diri mereka membaca “Sayyidina” ketika mengucapkan selawat ke atas Nabi. Mereka berselawat begini:

"اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُـحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُـحَمَّدٍ"

Maksudnya:
“Ya Allah tambahkanlah kemuliaan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Nabi Muhammad”.  
Mereka tidak membiasakan diri mereka membawa selawat tanpa “Sayyidina” seperti:

"اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُـحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُـحَمَّدٍ".

Maksudnya:
“Ya Allah tambahkanlah kemuliaan ke atas Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga Nabi Muhammad”. 
Kemudian datang GOLONGAN yang bernama WAHHABI membuat fatwa baru dengan menyatakan bahawa membaca “Saiyyidina” di dalam selawat tidak baik, bid`ah sesat masuk neraka dan nabi tidak buat. LEBIH BAIK DIHENTIKAN.

Disebabkan fatwa ini, maka terjadilah dua golongan di MALAYSIA dan INDONESIA, iaitu ada golongan yang tetap membaca “Sayyidina” dan ada pula yang tidak membaca sama sekali.

Hal ini diucapkan di hadapan umum seperti di dalam khutbah-khutbah Jumaat yang didengari oleh orang awam, kerana ada khatib Jumaat yang membaca “Sayyidina” dalam membaca selawat dan ada khatib yang tidak membaca “Sayyidina”.

Kemudian orang awam kebiasaannya ada yang mengikut fahaman WAHHABI. Mereka mengatakan: “Yang membaca “Sayyidina” khatib KUNO dan yang tidak membaca “Sayyidina” adalah khatib moden dan tajdid”.

Hal inilah di antaranya yang mendorong kami untuk membahas masalah ini secara luas dan mendalam, sesuai dengan hukum-hukum agama yang mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

Mudah-mudahan tujuan kami menyediakan hujah ini mendapat keredhaan Allah dan mempertahankan amalan umat ISLAM yang sekian lama diamalkan.

PENJELASAN:

fakta wahabi

Menambah perkataan "Sayyidina" sebelum menyebut nama Nabi Muhammad adalah perkara yang dibolehkan di dalam syari’at. Kerana pada kenyataannya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam adalah seorang Sayyid, bahkan beliau adalah Sayyid al-`Alamin [pemimpin sekalian makhluk], penghulu dan pimpinan seluruh makhluk. Salah seorang ulama bahasa terkemuka, ar-Raghib al-Ashbahani dalam kitab Mufradat Alfaz al-Qur’an, menyatakan bahawa di antara makna “Sayyid” adalah seorang pemimpin, seorang yang membawahi perkumpulan satu kaum yang dihormati dan dimuliakan. [Mu’jam Mufradat Alfaz al-Qur’an, h. 254.]

Sayyid” di dalam bahasa Arab bermaksud: “Penghulu”.
Sayyidina” maksudnya “Penghulu kami”.

Penghulu adalah orang yang dimuliakan dalam suatu kelompok manusia dan orang yang dijadikan ikutan dan pimpinan dalam segala urusan. Kalau kita katakana bahawa Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam adalah “Penghulu kita”, maka ini bermaksud bahawa baginda adalah orang yang kita muliakan, yang kita hormati, yang kita junjung tinggi dan yang kita jadikan pimpinan dan ikutan zahir dan batin di dunia dan akhirat.

Kalau kita ucapkan “Sayyidina Muhammad”, maka itu bermaksud bahawa kita memuliakan baginda sebaik-baiknya dan mengangkat darjat baginda setinggi-tingginya, sesuai dengan kedudukan baginda yang sebenarnya.

Dalam al-Qur’an, Allah menyebut Nabi Yahya dengan perkataan “Sayyid”:

((وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصَّالِـحِينَ)) ]ءال عمران: 39[

Maksudnya:
“Menjadi pemimpin dan ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi termasuk keturunan orang-orang saleh”.  [Surah Ali ‘Imran: 39]
Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam jauh lebih mulia daripada Nabi Yahya `alaihissalaam kerana baginda adalah pimpinan seluruh para nabi dan rasul. Dengan demikian mengatakan “Sayyid” kepada Nabi Muhammad bukan setakat boleh tetapi sudah selayaknya kerana baginda lebih berhak untuk mendapat gelaran itu. Bahkan dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri menyebutkan bahawa dirinya adalah seorang “Sayyid”. Baginda bersabda:

 "أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ ءَادَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ فَخْرَ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ

Maksudnya:
“Saya adalah penghulu bagi sekalian anak Adam di hari kiamat kelak dan bukanlah untuk berbangga-bangga”.  Diriwayatkan oleh at-Tirmizi
Asy-Syeikh `Abdullah al-Harari rahimahullah menjelaskan maksud hadith tersebut dengan mengatakan: [`Abdullah al-Harari, Bughyah at-Talib, h. 66.]

 "أَيْ لَا أَقُوْلُ ذَلِكَ اِفْتِخَارًا إِنَّـمَا أَقُوْلُ ذَلِكَ تَـحَدُّثًا بِنِعْمَةِ اللهِ وَفِيْ ذَلِكَ جَوَازُ وَصْفِهِ بِأَنَّهُ سَيِّدُ الْبَشَرِ".

Maksudnya:
“Iaitulah aku [nabi] tidak mengatakan demikian itu [penghulu sekalian anak Adam] hal keadaan aku [nabi] berbangga tetapi aku [nabi] mengucapkan demikian itu [aku penghulu sekalian anak Adam] semata-mata kerana untuk menyebutkan nikmat Allah [yang dikurniakan kepada baginda] dan di dalam demikian itu [hadith tersebut] keharusan menyifatkannya [nabi] dengan Sayyid al-Basyar [penghulu sekalian manusia]”. 
Asy-Syeikh `Abdullah al-Harari rahimahullah berkata lagi:

 "وَقَوْلُهُ بِأَنَّ سَيِّدَنَا مُـحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ وَلَدِ ءَادَمَ أَجْمَعِيْنَ، هَذَا مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ عِنْدَ الْعُلَمَاءِ وَهُوَ مَأْخُوْذٌ مِنْ حَدِيْثٍ رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ: ((أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ ءَادَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ))".

Maksudnya:
“Dan perkataannya [Syeikh `Abdullah al-Harari rahimahullah] dengan bahawasanya penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam adalah penghulu anak Adam sekaliannya, telah disepakati ke atasnya di sisi para ulama dan ia [kenyataan ini] di ambil daripada hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi: ((Aku penghulu bagi sekalian anak Adam pada hari kiamat dan bukan untuk berbangga-bangga))”. 
Al-Imam Nawawi berkata di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim pada kitab al-Fadhail: [Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim, j. 15, h. 37.]

 "بَلْ صَرَحَ بِنَفْيِ الْفَخْرِ فِيْ غَيْرِ مُسْلِمٍ فِي الْـحَدِيْثِ الْمَشْهُوْرِ: "أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ ءَادَمَ وَلَا فَخْرَ". وَإِنِّـمَا قَالَهُ لِوَجْهَيْنِ أَحَدِهِمَا امْتِثَالِ قَوْلِهِ تَعَالَى ((وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ)) ]سُوْرَةُ الضُّحَى: 11[". اهـــ

Maksudnya:
“Bahkan jelas nabi menafikan berbangga-bangga ketika berada di hadapan orang bukan Islam di dalam hadith yang masyhur: “Aku adalah penghulu bagi sekalian anak Adam dan bukan untuk berbangga-bangga”. Dan sesungguhnya sabdanya [nabi] berdasarkan kepada dua bentuk, salah satunya melaksanakan firman Allah: ((Dan adapun dengan nikmat tuhanmu itu [yang diberikan kepadamu], maka hendak engkau menyebutnya [bukan untuk berbangga-bangga])). [Surah adh-Dhuha: 11]”. 
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

 "أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ ءَادَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَوَّلُ مَن يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ". رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ

Maksudnya:
“Saya adalah penghulu anak Adam di hari kiamat kelak dan bukanlah untuk berbangga-bangga dan orang yang pertama akan bangkit dari kubur dan orang yang pertama memberi syafaat dan orang yang pertama dibenarkan memberi syafaat”. Diriwayatkan oleh Abu Daud
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

 "أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ ءَادَمَ وَبِيَدِ لِوَاءُ الْـحَمْدِ وَلَا فَخْرَ وَمَا مِنْ نَبِـيٍّ يَوْمَئِذٍ ءَادَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَـحْتَ لِوَائِيْ وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ الْأَرْضُ وَلَا فَخْرَ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ

Maksudnya:
“Saya adalah penghulu anak Adam [di hari akhirat kelak] dan di tangan saya panji-panji kepujian dan bukan untuk berbangga-bangga, nabi-nabi bermula dari nabi Adam sehinggalah ke bawah adalah dibawah naungan benderaku dan akulah orang yang mula-mula akan dikeluarkan dari kubur”.  Diriwayatkan oleh at-Tirmizi
Dengan demikian di dalam membaca selawat boleh bagi kita mengucapkan:

Allahumma Shalli ‘Ala Sayyidina Muhammad”, meskipun tidak ada pada lafaz-lafaz shalawat yang diajarkan oleh Nabi (ash-Shalawat al-Ma’tsurah) dengan penambahan perkataan “Sayyid” kerana menyusun zikir tertentu yang tidak ma'tsur boleh selama tidak bertentangan dengan yang ma'tsur.

Sahabat ‘Umar ibn al-Khaththab dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menambah lafaz talbiyah dari yang sudah diajarkan oleh Rasulullah. Lafaz talbiyah yang diajarkan oleh Nabi adalah:

"لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ".

Namun kemudian sabahat Umar ibn al-Khaththab menambahkannya. Dalam bacaan beliau:

"لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ ، وَالْـخَيْرُ فِيْ يَدَيْكَ، وَالرَّغْبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُ".

Dalil lainnya adalah daripada sahabat ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa beliau membuat kalimah tambahan pada Tasyahhud di dalamnya shalatnya. Kalimah tasyahhud dalam solat yang diajarkan Rasulullah adalah “Asyhadu An La Ilaha Illah, Wa Asyhadu Anna Muhammad Rasulullah”. Namun kemudian ‘Abdullah ibn ‘Umar menambahkan Tasyahhud pertamanya menjadi:

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ". وَرَوَى أَبُو دَاوُدَ فِيْ سُنَنِهِ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يَزِيْدُ فِي التَّشَهُّدِ: ((وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ))، وَيَقُوْلُ: أَنَا زِدْتُـهَا. اهـــ

Terjemahan:
"Diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam sunan-nya daripada `Abdullah Ibn `Umar sesungguhnya beliau telah menambah di dalam tasyahhud: ((Wahdahu La Syarika Lah)), dan beliau berkata: Aku telah menambahnya".
Membaca doa selepas bangkit i`tidal. Dalam sebuah hadith shahih, al-Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada sahabat Rifa`ah Ibn Rafi` al-Zuraqi, bahawa ia (Rifa`ah Ibn Rafi`) berkata:

"كُنَّا نُصَلِّي يَوْمًا وَرَاءَ النَّبِـيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ: سَـمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ:

Terjemahan:
 “Suatu hari kami solat berjama`ah di belakang Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Ketika baginda mengangkat kepala setelah ruku`, baginda membaca: “Sami`allahu Liman Hamidah”. Tiba-tiba salah seorang makmum berkata:
"رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ".

Terjemahan:
"Wahai Tuhan kami, segala puji bagi-Mu, dengan pujian yang melimpah ruah, agung dan penuh keberkatan padanya ".
"فَلَمَّا نْصَرَفَ فَقَالَ: مَنِ الْمُتَكَلِّمُ: قَالَ: أَنَا،
Setelah selesai solat, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bertanya: “Siapakah tadi yang menyebutkan kalimah itu?”. Orang yang yang dimaksud menjawab: “Saya Wahai Rasulullah”.
قَالَ: "رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلَاثِيْنَ مَلَكًا يَبْتَدِرُوْنَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلَ".

Terjemahan:
"Lalu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Aku telah melihat tiga puluh Malaikat datang berlumba untuk menjadi yang pertama mencatatnya ".
Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan di dalam kitabnya Fath al-Bari ketika mensyarahkan hadith di atas dengan mengatakan [Fath al-Bari, j. 2, h. 287.]:

"وَاسْتُدِلَّ بِهِ عَلَى جَـَوازِ إِحْدَاثِ ذِكْرٍ فِي الصَّلَاةِ غَيْرِ مَأْثُوْرٍ إِذَا كَانَ غَيْرَ مُـخَالِفٍ لِلْمَأْثُوْرِ".

Terjemahan:
Di ambil dalil dengannya [hadith tersebut] berhubung keharusan mengasaskan zikir yang baru di dalam solat yang tidak disebutkan oleh Rasulullah sekiranya ia [zikir tadi] tidak bertentangan dengan apa yang disebutkan oleh nabi.
Di samping itu juga, hadith tersebut mengisyaratkan tentang bolehnya menguatkan suara bagi makmum selama mana ia tidak mengganggu orang yang ada berhampiran dengannya.

Al-Imam al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab Fath al-Bari [Fath al-Bari, j. 2, h. 287.], dalam menjelaskan hadits sahabat Rifa’ah ibn Rafi ini menuliskan sebagai berikut:
“Hadith ini adalah dalil yang menunjukkan kepada beberapa perkara. Pertama; Menunjukan kebolehan menyusun zikir yang tidak ma'tsur di dalam solat selama tidak menyalahi yang ma'tsur. Dua; Boleh mengeraskan suara zikir selama tidak mengganggu orang lain di dekatnya. Ketiga; Bahawa orang yang bersin di dalam shalat diperbolehkan baginya mengucapkan “al-Hamdulillah” tanpa adanya hukum makruh”.
Membaca doa Iftitah. Ia berlaku kepada seorang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam yang datang lambat ketika solat dan membaca dia ini selepas takbiratul ihram:

"اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلًا".

Terjemahan:
"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah subhanahu dengan banyaknya. Maha Suci Engkau ya Allah pagi dan petang ".
Selepas solat, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bertanya siapakah yang berkata sedemikian. Sahabat tadi mengaku dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku tidak melakukannya melainkan hanya berniat baik”.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Aku melihat pintu-pintu langit terbuka dengan kerana kalimat itu”.

`Abdullah Ibn `Umar mengatakan:
“Aku tidak pernah berhenti daripada menyebutnya sejak itu selepas mendengar sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam itu” [Diriwayatkan al-Imam Muslim daripada Ibn Umar, al-Tirmizi  dan al-Nasai`e melalui dua periwayatan, dan Ahmad dengan beberapa sanad dalam musnadnya. Salah satu daripada riwayat al-Nasa`ie ialah: “Aku melihat malaikat berebut untuk itu”. Manakala dua daripada riwayat Ahmad pula ialah: “Aku melihat ucapanmu naik ke langit sehingga pintu langit dibuka dan masuk mereka kedalamnya”. ]
Dengan demikian itu boleh hukumnya dan tidak ada masalah sama sekali di dalam bacaan selawat menambahkan perkataan “Sayyidina”, baik dibaca di luar solat mahupun di dalam solat kerana tambahan perkataan “Sayyidina” ini adalah tambahan yang sesuai dengan dasar syari’at dan sama sekali tidak bertentangan dengannya.

SOALAN:

Ada sebahagian golongan yang tidak suka kepada penyebutan “SAYYIDINA”, maka mereka memberi penerangan kepada manusia dengan mengatakan bahawa Nabi bersabda:

"لَا تُسَيِّدُوْنِيْ فِي الصَّلَاةِ".

Maksudnya:
“Jangan bersayyidina kepadaku dalam sembahyang”.
Bagaimana dengan HADITH ini???

JAWAPAN:

Hadith ini memang sudah sejak lama tersebar dari mulut ke mulut dan pada zaman Imam Ramli [wafat 1004 H] sudah tersebar juga. Tetapi setelah diselidiki kitab-kitab hadith, ternyata hadith ini TIDAK ADA.

Hadith ini adalah hadith MAUDHU` atau PALSU yang direka-reka oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan.

Al-Imam Ramli telah berkata di dalam kitabnya “Nihayah al-Muhtaj” bagi menjawab persoalan ini: [Imam Ramli, Nihayah al-Muhtaj, j. 1, h. 509.]

 "أَمَا حَدِيْثُ: "لَا تُسَيِّدُوْنِيْ فِي الصَّلَاةِ" فَبَاطِلٌ لَا أَصْلَ لَهُ كَمَا قَالَهُ بَعْضُ مُتَأَخِّرِي الْـحُفَّاظِ".

Terjemahan:
“Dan adapun hadith: “Janganlah kamu bersayyidina kepadaku di dalam solat”, maka hadith ini adalah batil, tidak ada asal baginya [iaitu maudhu`]. Demikian yang dikatakan oleh sebahagian ulama huffaz [para ulama’ hadith]”.
Asy-Syeikh al-`Allamah Ibn Qasim al-`Ubbadi berkata di dalam kitabnya “Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj”: [Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj, j. 1, h.  368]

"وَاعْتَمَدَ الْـجَلَالُ الْـمَحَلِّيُّ أَنْ فِيْ غَيْرِ شَرْحِهِ أَنَّ الْأَفْضَلَ زِيَادَتُـهَا وَأَطَالَ فِيْ ذَلِكَ وَقَالَ: إِنَّ حَدِيْثَ “لَا تُسَيِّدُوْنِيْ فِي الصَّلَاةِ” بَاطِلٌ".

Terjemahan:
“Dan memegang teguh Syeikh Jalaluddin al-Mahalli akan fatwa yang menyatakan bahawasanya yang lebih afdhal adalah menambahkan “Sayyidina” [fatwa ini dihuraikan panjang lebar oleh beliau, tetapi bukan bukan dalam kitabnya syarah minjah]. Adapun hadith yang menyatakan: “Janganlah kamu bersayyidina kepadaku di dalam solat” adalah hadith batil [yakni hadith yang direka-reka]”.
Banyak lagi kitab-kitab yang menyatakan bahawa hadith itu adalah HADITH PALSU yang direka-reka oleh orang yang mempunyai kepentingan tertentu. Menurut kaedah USUL FIQH, hadith yang palsu tidak boleh diguna pakai untuk menjadikan dalil.

Asy-Syeikh al-`Allamah Ibn Hajar al-Haitami dalam kitab al-Minhaj al-Qawim, halaman 160, menuliskan sebagai berikut:

 "وَلاَ بَأْسَ بِزِيَادَةِ سَيِّدِنَا قَبْلَ مُحَمَّدٍ، وَخَبَرُ "لاَ تُسَيِّدُوْنِي فِيْ الصَّلاَةِ" ضَعِيْفٌ بَلْ لَا أَصْلَ لَهُ".

Terjemahan:
“Dan tidak mengapa menambahkan perkataan “Sayyidina” sebelum Muhammad. Sedangkan hadith yang berbunyi “La Tusyyiduni Fi ash-Shalat” adalah hadith dhaif bahkan tidak asal baginya [iaitu hadith maudhu’/palsu]”.
Di antara hal yang menunjukan bahawa hadith “La Tusayyiduni Fi ash-Shalat” sebagai hadits palsu [Maudhu’] adalah kerana di dalam hadith ini terdapat kaedah bahasa yang salah (al-Lahn). Ertinya, terdapat kalimah yang ditinjau dari gramatika bahasa Arab adalah sesuatu yang aneh dan asing. Iaitu pada perkataan “Tusayyiduni”. Di dalam bahasa Arab, perkataan “Sayyid” adalah berasal dari kata “Saada, Yasuudu”, bukan “Saada, Yasiidu”.

Dengan demikian bentuk fi’il Muta'addi (kata kerja yang memerlukan kepada objek) dari “Saada, Yasuudu” ini adalah “Sawwada, Yusawwidu”, dan bukan “Sayyada, Yusayyidu”. Dengan demikian, -seandainya hadith di atas benar adanya-, maka bukan dengan perkataan “La Tasayyiduni”, tapi harus dengan perkataan “La Tusawwiduni”. Inilah yang dimaksud dengan al-Lahn. Sudah tentu sekali Rasulullah tidak akan pernah mengucapkan al-Lahn seperti ini, kerana baginda adalah seorang Arab yang sangat fasih (Afshah al-‘Arab).

Bahkan dalam pendapat sebagian ulama’, mengucapkan perkataan “Sayyidina” di depan nama Rasulullah, baik di dalam solat mahupun di luar solat dan lebih utama sekiranya disebutkan kerana tambahan perkataan tersebut termasuk di dalam penghormatan dan adab terhadap Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Dan pendapat ini dinilai sebagai pendapat MUKTAMAD.

Seluruh kitab-kitab fiqh yang muktamad dalam  mazhab Syafi`e mengatakan bahawa menyebut “Sayyidina” sebelum menyebut nama Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dalam selawat adalah afdhal yakni lebik baik kerana hal itu bermaksud kita menghormati dan memuliakan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.

SENARAI ULAMA’ MUKTABAR YANG MEMFATWAKAN PENYEBUTAN “SAYYIDINA” DIBOLEHKAN DAN BAHKAN IA ADALAH TERLEBIH AFDHAL:

Asy-Syaikh al-`Allamah al-Bajuri dalam kitab Hasyiah al-Bajuri, menuliskan sebagai berikut: [Hasyiah al-Bajuri, j. 1, h. 156.]

"الْأُوْلَى ذِكْرُ السِّيَادَةِ لِأَنّ الْأَفْضَلَ سُلُوْكُ الْأَدَبِ، خِلَافًا لِمَنْ قَالَ الْأُوْلَى تَرْكُ السِّيَادَةِ إِقْتِصَارًا عَلَى الْوَارِدِ، وَالْمُعْتَمَدُ الْأَوَّلُ، وَحَدِيْثُ لَا تُسَوِّدُوْنِيْ فِيْ صَلَاتِكُمْ بِالْوَاوِ لَا بِالْيَاءِ بَاطِلٌ".

Terjemahan:
“Yang lebih utama adalah mengucapkan perkataan “Sayyid” kerana yang lebih afdhal adalah beradab [kepada Nabi]. Hal ini berbeza dengan pendapat orang yang mengatakan bahawa lebih utama meninggalkan perkataan “Sayyid” dengan alasan mencukupkan di atas yang warid saja. Dan pendapat mu’tamad adalah pendapat yang pertama. Adapun hadith “La Tusawwiduni Fi Shalatikum”, yang seharusnya dengan “waw” (Tusawwiduni) bukan dengan “ya” (Tusayyiduni) adalah hadith yang batil”.
Asy-Syeikh Syamsuddin ar-Ramli berkata di dalam kitabnya “Nuhayah al-Muhtaj” yang merupakan sebuah kitab fiqh yang dipegang teguh di dalam mazhab Syafi`e : [Ar-Ramli, Nihayah al-Muhtaj, j. 1, h. 509.]

"وَالْأَفْضَلُ الْإِتْيَانُ بِلَفْظِ السِّيَادَةِ كَمَا قَالَهُ ابْنُ ظَهِيْرَةَ وَصَرَّحَ بِهِ جَمْعٌ وَبِهِ أَفْتَى الشَّارِحُ لِأَنَّ فِيْهِ الْإِتْيَانَ بِـمَا أُمِرْنَا بِهِ وَزِيَادَةَ الْإِخْبَارِ بِالْوَاقِعِ الَّذِيْ هُوَ أَدَبٌ فَهُوَ أَفْضَلُ مِنْ تَرْكِهِ".

Terjemahan:
“Dan yang lebih afdhal [utama] menambah lafaz “Sayyidina” sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu Zahirah dan yang dikatakan sejelas-jelas oleh sekumpulan ulama’ dan juga yang difatwakan oleh pengarang kitab ini, kerana menambahkan lafaz “Sayyidina” itu [di dalam selawat], kita sudah mengerjakan perintah Nabi dan pula telah mengucapkan yang benar iaitu berbicara secara sopan dan beradab. Membaca “Sayyidina” LEBIH AFDHAL [UTAMA] daripada tidak membacanya”.
Asy-Syeikh Muhammad al-Fasi pengarang kitab “Syarah Dalail al-Khairat” berkata di dalam kitab “Sadah ad-Durain”: [Sadah ad-Durain, h. 11.]

"الصَّحِيْحُ جَوَازُ الْإِتْيَانِ بِلَفْظِ السَّيِّدِ وَالْمَوْلَى وَنَـحْوِهِـمَا مِـمَّا يَقْتَضِي التَّشْرِيْفَ وَالتَّوْقِيْرَ وَالتَّعْظِيْمَ فِي الصَّلَاةِ عَلَى سَيِّدِنَا مُـحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِيْثَارُ ذَلِكَ عَلَى تَرْكِهِ".

Terjemahan:
“Fatwa yang sahih ialah boleh menambahkan “Sayyidina” dan “Maulana” dan lain-lain perkataan yang menyatakan menghormati, memuliakan serta membesarkan Nabi dalam mengucapkan selawat untuk penghulu kita Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mengucapkan lebih baik daripada meninggalkannya”.
Asy-Syeikh Syihabuddin al-Qaliyyubi, pengarang dan pensyarah kitab “Minhaj” karangan Imam Nawawi, berkata: [Qaliyyubi, j. 1, h. 167.]

"نَعَمْ! لَا يَضُرُّ زِيَادَةُ مِيْمٍ فِيْ عَلَيْكَ وَلَا يَا نِدَاءٍ قَبْلَ أَيُّهَا وَلَا وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ بَعْدَ أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، لِوُرُوْدِهَا فِيْ رِوَايَةٍ  كَمَا قَالَهُ شَيْخُنَا وَلَا زِيَادَةُ عَبْدِهِ مَعَ رَسُوْلِهِ وَلَا زِيَادَةُ سَيِّدِنَا قَبْلَ مُـحَمَّدٍ، هُنَا وَفِي الصَّلَاةِ عَلَيْهِ الآتِيَةِ بَلْ هُوَ أَفْضَلُ لِأَنَّ فِيْهِ مَعَ سُلُوْكِ الْأَدَبِ امْتِثَالَ الْأَمْرِ".

Terjemahan:
“Ya! Tidak merosakkan [dalam tasyahhud] menambah huruf “mim” pada “alaika”, begitu juga menambah “ya” sebelum “aiyuha”, begitu juga membaca “wahdahu laa syarika lahu” selepas “asyhadu allaa Ilaaha Illaah”, begitu juga menambah “abduhu” sebelum lafaz “wa rasuluh”, begitu juga menambah “sayyidina” sebelum nama Muhammad [dalam tasyahhud atau dalam selawat], tetapi “Sayyidina” itu kita sudah menjalankan perintah Nabi serentak dengan memuliakan dan menghormati nabi”.
Asy-Syeikh al-`Allamah Ibn Qasim al-`Ubbadi berkata di dalam kitabnya “Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj”: [Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj, j. 1, h.  368]

"وَاعْتَمَدَ الْـجَلَالُ الْـمَحَلِّيُّ أَنْ فِيْ غَيْرِ شَرْحِهِ أَنَّ الْأَفْضَلَ زِيَادَتُـهَا وَأَطَالَ فِيْ ذَلِكَ وَقَالَ: إِنَّ حَدِيْثَ “لَا تُسَيِّدُوْنِيْ فِي الصَّلَاةِ” بَاطِلٌ".

Terjemahan:
“Dan memegang teguh Syeikh Jalaluddin al-Mahalli akan fatwa yang menyatakan bahawasanya yang lebih afdhal adalah menambahkan “Sayyidina” [fatwa ini dihuraikan panjang lebar oleh beliau, tetapi bukan bukan dalam kitabnya syarah minjah]. Adapun hadith yang menyatakan: “Janganlah kamu bersayyidina kepadaku di dalam solat” adalah hadith batil [yakni hadith yang direka-reka]”.
Daripada keterangan al-Ubbadi ini ternyata bahawa Syeikh Jalaluddin al-Mahalli memfatwakan membaca “Sayyidina” adalah afdhal [terlebih utama], dan hadith yang mengatakan: “Jangan bersayyidina kepadaku di dalam solat” adalah hadith yang direka-reka oleh pembohong.

Asy-Syeikh al-`Allamah Ibn Qasim al-`Ubbadi berkata lagi: [Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj, j. 1, h.  268.]

"وَاشْتُهِرَتْ زِيَادَةُ سَيِّدِنَا قَبْلَ مُـحَمَّدٍ".

Terjemahan:
“Dan telah masyhur fatwa yang mengatakan bahawa baik sekali ditambah perkataan “Sayyidina” sebelum menyebut nama Nabi Muhammad”.
Asy-Syeikh Abu Bakar Syatta berkata di dalam kitabnya “I`anah at-Talibin”: [Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj, j. 1, h.  368]

"الْأَوْلَى ذِكْرُ السِّيَادَةِ لِأَنَّ الْأَفْضَلَ سُلُوْكُ الْأَدَبِ".

Terjemahan:
“Dan adalah yang lebih baik mengucapkan “Sayyidina” sebelum nama Nabi Muhammad kerana yang afdhal adalah beradab terhadap nabi”.
Kitab I`anah at-Talibin adalah satu kitab fiqh dalam mazhab Syafi`e karangan Abu Bakar Syatta iaitu kitab yang mensyarahkan kitab “Fath al-Mu`in” karangan Malibari. Kitab ini diguna pakai dalam pengajian di pondok-pondok di Malaysia dan pesantren-pesantren seluruh Indonesia.

Demikianlah apa yang telah dinyatakan oleh ulama’-ulama’ di dalam kitab fiqh yang muktamad yang dipegang teguh oleh umat Islam, baik dalam melaksanakan ibadah kepada Allah atau menjalankan hukum pengadilan [mahkamah syariah].

Boleh dikatakan bahawa seluruh kitab-kitab fiqh dalam mazhab Syafi`e bersepakat dalam hal ini iaitu dengan memfatwakan bahawa:

Yang lebih afdhal [baik] adalah membaca “Sayyidina” dalam selawat.

Membaca “Sayyidina” itu dengan maksud menghormati dan memuliankan nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.

Mengucapkan selawat tanpa “Sayyidina” sudah memadai tetapi yang lebih afdhal adalah mengucapkan “Sayyidina”.

Bersopan dan beradab terhadap Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam adalah suatu hal yang pokok dalam agama Islam.

Wassalaam.

Penulis : Ibnu Syafie Al-Kalantani

Silahkan untuk mengirimkan artikel kepada saya dan insyaallah akan saya muat di blog sederhana ini.

Untuk berkirim artikel silahkan klik link ini :

Contact Me - Kirim Artikel

0 komentar:

Post a Comment

 
Top